Wednesday, 29 May 2013

Pasar Tanjung Tawau, mcam-macam ada...



Inilah Pasar Tanjung Tawau yang terkenal tu. Saya sempat tangkap gambar di tingkat bawah je, iaitu tempat menjual sayur. Biasa yang kena serbu oleh pelancong adalah yang di tingkat 2 tu, iaitu tempat menjual makanan laut yang kering, termasuk la rumpai laut dari gred AA, AAA hingga AAAA. Hebat kan? 

Pada yang tak pernah datang ke pasar ini lagi, saya bagi kamu semua WARNING awal-awal dulu la. Di pasar ni jangan harap anda semua akan mendapat tempat parking kereta. Siapa yang dapat tempat parking tu umpama sudah kena cabutan nombor bertuah. Tempat ini adalah tempat yang paling "jem" di bandar Tawau. Jadi kalau nak datang, bagus lagi naik teksi. 

Tapi tak rugi datang ke sini. Kalau tak mau beli makanan laut, beli la sayur. Sayur-sayur di sini lebih fresh dari sayur di Kundasang tu & jauh lebih murah. Mana lagi nak dapat sayur seikat besar berharga RM1? Bukan setakat sayur, bunga, telur, kopi, kuih (pagi saja), buah-buahan etc semuanya ada disini & murah-murah belaka. Jadi next time anda datang ke negeri Sabah, jangan lupa datang ke Tawau untuk melihat Pasar Tanjung ini okey.

Monday, 27 May 2013

Pasar Gantung Tawau


Sempena cuti sekolah hari ini, sempat juga saya melawat pasar gantung Tawau. Tempat ni memang terkenal di Tawau, ianya bukan sahaja dikunjungi oleh warga Tawau, tapi juga oleh pelancong-pelancong dari Sarawak & Semenanjung Malaysia. Begini la rupa Pasar Gantung Tawau yang sentiasa sibuk tu.





Pasar Gantung adalah tempat yang menjadi sasaran pelancong sekiranya datang ke Tawau ini. Bagi sesiapa yang belum pernah menjejakkkan kaki ke Pasar Gantung ini, tarikan utamanya adalah jualan barang-barang mutiara asli. Memang cantik-cantik. Cuba search di google, konfirm boleh nampak mutiara sabah yang asli & cantik dari Tawau. Selain mutiara, Pasar Gantung juga menjual pakaian, beg tangan, beg galas, cenderamata, alat kosmetik (semestinya made in indon) dan juga buah-buahan.

Barang-barang yang dijual di Pasar Gantung ini memang menarik & unik. Tapi kalau nak membeli disini, pastikan anda pandai menawar harga. Tips yang sentiasa saya dengar dari orang-orang tua di sini, kalau mau membeli di Pasar Gantung, pastikan kita tawar harga 50% kurang dari harga yang dipaparkan. Itu petuanya. Saya pernah praktikkan, dan memang BETUL!

Kepada pelancong-pelancong yang datang ke Tawau, jangan lepaskan peluang berjalan-jalan di bandar Tawau ini. Kalau tak ada kereta, boleh saja sewa kereta dengan kadar yang paling rendah di TEMPAT INI. Sambil berjalan, jangan lupa ke Pasar Gantung ya. Rugi kalau tak pergi. Dah pergi pasar gantung nanti, jangan lupa pula pergi ke Pasar Tanjung untuk membeli makanan laut Sabah yang murah-murah belaka. Tapi kalau tak sempat, boleh saja order makanan laut itu dari blog kami ya, selamat berbelanja :)

Friday, 24 May 2013

Barang Bagus Dari Tawau

Hello semua......

Siapa yang pernah datang Tawau angkat tangan...haha... macam ramai saja ni. Kepada yang sudah pernah datang, mesti sudah sedia maklum yang Tawau ini memang best kan? Bukan sahaja ia mempunyai banyak tempat-tempat menarik, tetapi Tawau juga terkenal dengan makanan laut kering dan barang-barang berkualiti dari Indonesia. Maklum la, Tawau ni kan berjiran dengan Indonesia.

Di blog ini kami akan membawakan kepada anda semua barang-barang bagus yang terdapat di Tawau ini. Jadi jangan lupa jadikan blog ini "favourites" anda semua. Tak rugi. 


Kami dengan sedaya upaya akan memberi harga yang paling berpatutan untuk anda semua. Jadi, jangan segan-segan. Sila semak semua barang yang kami tawarkan. Selamat Berbelanja!