Friday 16 August 2013

Cara Memasang Fancy Grill Dengan Betul

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Nampaknya musim perayaan dan cuti sekolah akan berakhir tidak lama lagi. Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi sekolah akan dibuka semula. Selamat bersekolah kami ucapkan kepada adik-adik yang akan ke sekolah pada hari isnin nanti.

Sepanjang bulan 8 ini kami di j3trader memang tidak menang tangan melayan semua permintaan customer. Dari ikan bilis, udang kering hingga la ke fancy grill. Memang permintaan cukup tinggi di musim perayaan ini. Kami di j3trader mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada kepercayaan yang diberi oleh semua customer kepada kami. Bagi kami, you're the best.

Pada post kali ini kami ingin menunjukkan cara memasang Fancy Grill dengan betul. Ada beberapa customer kami telah membuat panggilan dan menghantar emel kepada kami tentang cara nak memasang fancy grill ini. Sebenarnya memasang Fancy Grill ini mudah saja. Untuk kemudahan bakal-bakal customer kami dan juga customer yang sedia ada, di sini kami akan memaparkan video cara memasang Fancy Grill dengan betul. diharapkan tutorial serba ringkas pada video ini nanti akan dapat membantu anda semua.