Friday 28 June 2013

Cara Mudah Membuat BBQ Yang Bertaraf Hotel 5 Bintang!


Hari ini saya sedikit kelapangan. Jadi saya pun ambil keputusan untuk membuat video ringkas mengenai Fancy Grill ni. Video ni tak lama, 50 saat saja. Tapi dalam 50 saat itu anda akan dapat melihat sendiri kehebatan Fancy Grill ini.

Jadi apa tunggu lagi, puasa dah nak start. Inilah masanya anda menunjukkan skill membuat sate, ikan bakar, daging panggang untuk orang yang tersayang. Hidangkan menu yang sedap untuk si Dia di waktu berbuka, tentunya lebih mudah dengan bantuan Fancy Grill.

Yang paling best, anda tak perlu kipas-kipas. Tak penat. Asap pun dalam 5% je. Badan anda konfirm sentiasa wangi sepanjang proses ber-BBQ. Daging yang dipanggang dengan Fancy Grill juga dijamin sedap 100%, isinya lembut dan moist. Lain dari yang lain.

Jadi tunggu apa lagi ya? Untuk membuat tempahan sila call/sms 013-5499359 sekarang (esok pun boleh juga). Saya jamin anda akan berpuashati. Harga memang yang paling gila. Hanya RM50 dan.................FREE POS. Best kan? 


Saturday 22 June 2013

Rahsia BESAR L'oreal & Olay, Rugi Kalau Tak Tahu!

L'oreal merupakan sebuah syarikat produk kecantikan yang terbesar di dunia. Rasanya hampir separuh penduduk dunia ini menggunakan produk-produk keluaran L'oreal. Syarikat ini diasaskan oleh Eugène Schueller pada tahun 1919.

Olay pula diasaskan oleh Graham Wulf pada tahun 1949 di Afrika Selatan. Syarikat ini berfokus kepada anti-aging cream. Pada tahun 2003, syarikat ini diambil alih oleh Procter & Gamble (P & G) dan menjadi satu syarikat global dalam bidang kosmpetik.

Jadi apakah rahsia BESAR kedua-dua syarikat gergasi ini? Marine Collagen. Ya, itulah rahsianya. Selama bertahun-tahun kedua-dua syarikat ini banyak berfokus kepada bahan campuran bagi menghasilkan produk-produk kecantikan mereka. Tapi sejak beberapa tahun ini mereka mula beralih-arah kepada "marine collagen" bagi menghasilkan produk-produk keluaran mereka. Kenapa? kerana "marine collagen" ini mempunyai bahan yang dapat membantu tubuh manusia menghasilkan kolagen dengan pantas. Produk-produk L'oreal & Olay yang menggunakan bahan ini adalah masker, krim & juga pil kecantikan. Produk-produk ini dijual untuk membantu mendapatkan kulit yang sihat, cantik, tiada kesan penuaan dan mengurangkan garis-garis kedutan.

Untuk pengetahuan semua, kita di Malaysia juga memiliki sumber "marine collagen" yang digunakan oeh L'oreal & Olay ini. Ianya datang di dalam bentuk Rumpai Laut Kolagen yang amat murah harganya. Jadi kita di Malaysia sangat beruntung. Kita sebenarnya tidak perlu membeli produk-produk dari L'oreal & Olay ini. Bukan sahaja harganya mahal untuk kuantiti yang sedikit, tapi "marine collagen" yang mereka gunakan sudah diproses. Kita di sini sangat bertuah kerana dapat menggunakan "marine collagen" yang original & fresh dari laut.

Sekiranya anda adalah pengguna L'oreal & Olay, mungkin sudah tiba masanya anda mencuba "marine collagen" kita sendiri. Harganya pun murah. Dengan hanya RM30/kg (free pos lagi tu) anda sudah dapat semua manfaat yang terdapat di dalam produk-produk L'oreal & Olay. Jadi, tunggu apa lagi ye? Call/sms 013-5499359 untuk mendapatkannya sekarang :)


Tuesday 18 June 2013

Fakta Mengejutkan Mengenai Udang Kering. Mesti Baca!!!


Tahukah anda, udang kering adalah sejenis makanan rendah lemak & mengandungi kandungan kalsium & magnesium yang tinggi. Memakan makanan yang mengandungi udang kering boleh membantu mengurangkan kolesterol & mengurangkan masalah jantung. Kebaikan udang kering kepada jantung adalah, ianya dapat mengatasi masalah darah tinggi & mengatasi masalah arteri yang mengeras & menghalang perjalanan darah ke jantung. Hebat kan?

Memakan makanan yang mengandungi udang kering juga dapat mengurangkan ketegangan dan tekanan. Perubatan tradisional cina menganggap pengambilan udang kering di dalam makanan menguatkan fungsi buah pinggang & juga seterusnya meningkatkan selera makan. Udang kering digalakkan pengambilannya oleh wanita-wanita yang mengandung, orang-orang tua dan lelaki yang mengalami masalah ketidaksuburan & mandul.

Walaubagaimanapun, harus diingat, udang kering tidak boleh diambil oleh mereka yang mempunyai alahan dan masalah ruam kulit & gatal-gatal. Diharapkan info ini dapat membantu anda. Kami di J3trader dengan berbesar hati ingin membekalkan anda dengan makanan yang baik untuk kesihatan ini. Kami mempunyai 4 pilihan udang kering yang mampu bayar untuk pilihan anda. Call atau SMS sahaja kalau berminat ya. Jangan lupa, udang kering amat baik untuk kesihatan anda :)

Udang Kering Indon

Udang Kering Manis

Udang Kering Sandakan

Udang Kering Tawau





Sunday 16 June 2013

Pelanggan "minah saleh" kami yang pertama!


Tarikh 16 Jun 2013 membawa satu makna yang baru kepada kami di J3trader kerana pada tarikh berkenaan kami telah mendapat customer kami yang pertama dari kalangan "mat saleh", tapi kerana dia seorang wanita, maka saya gelarkan dia "minah saleh". Thank you Ms. Bevvie Exreaniey Green kerana menjadi customer orang putih kami yang pertama.

Nak tau apa yang Ms. Green beli? tak lain tak bukan, dia beli Biskut Kelapa yang paling original dari Tawau ini dengan kami. Oh ya, by the way, gambar di atas tu bukan gambar Ms. Green ya, itu cuma gambar hiasan yang saya dapat dari uncle google :)

Apa pun, ini satu pencapaian kepada kami di J3trader kerana dapat memperkenalkan Biskut Kelapa yang paling sedap ini kepada masyarakat dari luar Malaysia, sekaligus memperkenalkan apa yang terbaik dari bumi Tawau ini kepada semua. Kepada yang berminat dengan biskut kelapa ini, boleh klik di SINI untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai info & harganya. Kalau tak mau baca dan nak terus beli, lagi bagus. Terus saja call/sms 0135499359 untuk tempahan. Selamat berbelanja & sekali lagi, thanks for buying Ms. Green, we appreciate that :)



Wednesday 12 June 2013

Kami dah ada facebook, sila LIKE!


Hello semua!! hari ini dengan rasminya kami telah melancarkan facebook kami bagi memudahkan lagi perhubungan diantara J3 Trader dengan pelanggan-pelanggan yang dikasihi sekalian. Jadi jangan segan-segan untuk bertandang di facebook kami. Taip saja "J3trader Tawau Mari" di ruang facebook search, lepas itu sila LIKE page kami untuk memudahkan anda semua sentiasa mendapat maklumat terkini berkenaan barang-barang yang kami jual. Semestinya yang terbaik untuk anda semua :)

Selain dari facebook, kami juga boleh dihubungi seperti biasa melalui emel rasmi kami di j3trader@gmail.com atau dail sahaja 013-5499359. Nak sms saja pun ok jugak. Sentiasa dilayan bah kalau kau. Apa pun, jangan lupa untuk LIKE facebook page kami ya. Trimas!

Monday 10 June 2013

I nak daging payau, boleh?


I nak daging payau, boleh? haaa... itu la soalan bonus dari 1 orang customer saya hari tu. Saya imagine muka dia macam di atas ni la masa tanya soalan tu, sungguh gentleman. Customer tu order keropok belinjo pedas dari saya. Banyak jugak dia beli, dalam 20 pek. Sebelum saya post keropok yang dia order tu, sempat lagi dia mintak daging payau dengan saya. Dia mau 5kg dia bilang. Dia bilang dia mau test. Tapi 5kg untuk test tu macam tahap peperiksaan semester sudah tu, bukan test lagi. Test kan kecil-kecilan je.

Untuk pengetahuan pembaca semua, daging payau ni sebenarnya ada dijual di Tawau. Dulu boleh dapat dalam RM25 sekilo. Sekarang ni tak pasti la. Saya pun baru 1 kali makan daging payau. Itu pun kena sponsor oleh orang yang lebih banyak duit dari saya. Kami makan di Restoran Sri Pantai. Sedap jugak la. Saya boleh kasi 5 bintang untuk kesedapannya. Saya tak sempat tangkap gambar, tapi kebetulan saya jumpa gambar ni di satu blog, owner blog ni pun makan di Restoran Sri Pantai, menu daging payau masak black pepper sama macam yang saya makan. so saya ambil la gambar dia bagi kamu semua tengok ya.


Hmmm... sedap kan? lebih-lebih lagi kalo kena sponsor, memang sedap plus-plus. Berbalik kepada customer saya yang mau daging payau 5kg tu. Terpaksa jugak saya reject permintaan dia sebab saya bukan penjual daging payau. Lagipun, ada orang yang bijak bagitau saya yang payau ni haiwan di bawah perlindungan jabatan perhutanan. Jadi tak boleh dibunuh & dijual secara sukahati. Tapi itu dia cakap la. Saya tak tau betul atau tidak. Cuma yang ingin saya cakap, ya... daging payau itu sedap. Mesti try walaupun sekali.


Tuesday 4 June 2013

Sanggar Cheese Paling Sedap Hanya 8km Dari Bandar Tawau




Kalau nak tahu apa itu Sanggar Cheese, sila tanya pakcik "google", tapi rasanya ramai dah tahu apa itu Sanggar Cheese kan? Ianya adalah sejenis pisang goreng yang diletak keju & taburan gula merah atau milo. Memang sedap. Sori saya tak letak gambar disini, takut pengunjung blog ni kelaparan nanti ;)

Jadi apa kaitan gambar-gambar di atas dengan Sanggar Cheese yang paling sedap di Tawau tu? Kalau nak tahu, di pasar ini lah dijual Sanggar yang saya maksudkan. By the way, Sanggar adalah nama untuk pisang goreng di Tawau ni. Kami tak panggil pisang goreng, kami panggil sanggar, unik kan. Di pasar inilah anda semua boleh membeli Sanggar Cheese itu dengan harga yang sangat berbaloi. Satu set hanya RM2.50 sahaja. Murah kan?

Tapi di mana kah pasar ini? dan apa pulak nama pasar ini? Kepada pengunjung blog semua, inilah Pasar Semarak. Kenapa ia dipanggil Pasar Semarak? sebab pasar ini terletak di Taman Semarak, iaitu sebuah taman perumahan yang terbesar di daerah Tawau. Pasar Semarak ini beroperasi seawal jam 6 pagi. Kalau pagi-pagi, orang ramai boleh membeli bermacam-macam jenis sarapan pagi yang disediakan oleh gerai-gerai yang ada. Di sebelah tengahari pula, sanggar cheese, sanggar biasa, ubi goreng, sukun goreng & bubur kacang gula merah (ini pun sedap) boleh mula dibeli.

Selain makanan, jualan utama di pasar ini adalah sayur-sayuran, ikan, buah-buahan dan macam-macam lagi. Tapi bagi saya, tarikan utama saya pergi ke sana adalah semata-mata untuk membeli sanggar cheese itu sahaja. Memang serius sedap. Jarak dari bandar Tawau ke Pasar ini hanya 8 kilometer sahaja. Tak jauh. Kepada pelancong-pelancong dari Semenanjung & Sarawak, jangan lepaskan peluang menikmati sanggar cheese di Taman Semarak ini ok. Rugi kalau tak rasa. Beli la 1-2 tapau dan makan di hotel sambil tengok TV. Mesti rasa penat pun hilang.

Kalau tiada transport nak pakai jalan-jalan ke Pasar Semarak ini, boleh saja hubungi Mr. Andrew, bos Kereta Sewa Tawau J3, iaitu kereta sewa paling murah di Tawau untuk menempah kereta sewa anda.  Jadi apa tunggu lagi, sila kunjungi Pasar Semarak untuk sanggar cheese yang paling sedap di bandar Tawau. Selamat Berbelanja ;)

Sunday 2 June 2013

BBQ dengan Fancy Grill Ketika Hujan Lebat!

Hari ini mood memanggang datang. Kebetulan anak-anak mau makan sate. Jadi apa lagi, terus saya keluarkan Fancy Grill saya dari almari. Keadaan di luar hujan lebat, tapi dengan adanya Fancy Grill itu semua tidak menjadi masalah. Cuba tengok gambar-gambar saya di bawa semasa sedang memanggang dengan Fancy Grill, memang cukup mudah.




Saya dapat membakar sate untuk anak-anak saya tanpa perlu membeli di luar. Jimat duit. Lagipun tak sampai 30 minit dah siap semuanya. Bukan susah mana pun. Jadi di hari yang sejuk dan hujan ini, kami sekeluarga dapat duduk menonton tv sambil makan-makan sate yang kami buat sendiri dengan bantuan Fancy Grill. Yang paling best, saya tak perlu kipas-kipas pun sate tu. Kalau ada sesiapa yang berminat dengan Fancy Grill ini, beli saja dengan kami ok. Klik di SINI untuk maklumat lanjut. Selamat berbelanja :)