Wednesday 11 September 2013

Nak Beli Barang? Whatsapp Saja Ya...

Whatsapp Kami Untuk Membeli Barang Dari Tawau
Whatsapp Kami Di 013-5499359



Untuk makluman semua pembaca, kami di J3 Trader kini boleh dihubungi melalui whatsApp. Jadi, Apakah itu whatsapp? bagi yang belum tahu lagi, whatsApp adalah sebuah aplikasi telefon pintar yang membolehkan anda menghantar mesej, fail dan gambar secara percuma kepada pengguna whatsApp yang lain. Dengan syarat telefon pintar anda mempunyai connection dengan internet.

Memandangkan begitu ramai rakyat Malaysia menggunakan whatsApp sekarang untuk berkomunikasi, maka kami di J3 Trader juga turut serta menggunakan aplikasi ini bagi memudahkan perhubungan kami dengan pelanggan dan juga bakal-bakal pelanggan kami.

Oleh itu, mulai hari ini anda sudah boleh ber-whatsApp dengan kami. Sekiranya anda ingin membeli apa sahaja di laman blog ini, whatsApp saja kami di talian 013-5499359. Bagi mereka yang tidak mempunyai whatsApp, jangan risau, kami masih boleh dihubungi melalui sms atau panggilan telefon seperti biasa. Kami di J3 Trader sedia membantu anda sepanjang masa :)

Friday 16 August 2013

Cara Memasang Fancy Grill Dengan Betul

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Nampaknya musim perayaan dan cuti sekolah akan berakhir tidak lama lagi. Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi sekolah akan dibuka semula. Selamat bersekolah kami ucapkan kepada adik-adik yang akan ke sekolah pada hari isnin nanti.

Sepanjang bulan 8 ini kami di j3trader memang tidak menang tangan melayan semua permintaan customer. Dari ikan bilis, udang kering hingga la ke fancy grill. Memang permintaan cukup tinggi di musim perayaan ini. Kami di j3trader mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada kepercayaan yang diberi oleh semua customer kepada kami. Bagi kami, you're the best.

Pada post kali ini kami ingin menunjukkan cara memasang Fancy Grill dengan betul. Ada beberapa customer kami telah membuat panggilan dan menghantar emel kepada kami tentang cara nak memasang fancy grill ini. Sebenarnya memasang Fancy Grill ini mudah saja. Untuk kemudahan bakal-bakal customer kami dan juga customer yang sedia ada, di sini kami akan memaparkan video cara memasang Fancy Grill dengan betul. diharapkan tutorial serba ringkas pada video ini nanti akan dapat membantu anda semua.


Tuesday 30 July 2013

Ledakan Permintaan Yang Menggila Untuk Sebuah Pemanggang Ajaib


Terlebih dahulu, trimas kami ucapkan kepada semua pembeli Fancy Grill kami. Memang jualan di luar jangkaan telah berlaku di mana pada hari ini sahaja, kami telah menghantar 50 pesanan. Itu untuk hari ini. Untuk bulan-bulan yang lepas belum terkira lagi. Memang ledakan permintaan sedang berlaku sekarang. Dan kami sedang bertungkus-lumus membuat re-order untuk cover semua order yang datang dengan pantas.

Jadi apa yang menarik mengenai Fancy Grill ini?? Banyak ya. Kalau nak ditulis takut jadi macam novel pulak. Terlalu banyak untuk disebutkan. Tapi secara ringkasnya. Fancy Grill membantu anda menyediakan daging/ikan./sate bakar dengan cepat dan mudah. Alat ini tidak rumit untuk dioperasikan. Fancy Grill bukannya alat mekanikal. Ianya sungguh straight forward. BBQ yang terhasil dengan Fancy Grill juga amat sedap dan lazat. Ianya tak sama dengan pemanggang lain. Fancy Grill membuatkan BBQ anda ada direct contact dengan api. Daging pun terasa amat sedap, moist & kurang lemak.

Yang paling best, walaupun ada direct contact dengan api, tapi anda tak perlu pun kipas2 api tu macam bakar sate. Anda rileks saja. Duduk2, dengar lagu & pasang aircond. Mungkin itulah punca permintaan yang menggila terhadap Fancy Grill ini sedang berlaku sekarang. Ianya satu keajaiban. Kami ada beberapa stok lagi sekiranya anda berminat. Fikir dulu, kalau sudah sedia membuat tempahan, call/sms saja ke 013-5499359. Dilayan bah kalau kau :)

Monday 29 July 2013

Selamat Tinggal Maybank, Hello AmBank :)


Baru hari ni ada free untuk buat sedikit update di blog ni. Maklum la, sibuk terkejar ke sana sini menguruskan penghantaran barang kepada semua pembeli, buat stock update etc.  Tapi tak apa, itu semua rezeki dan memang seronok melakukannya setiap hari.

Oh ya, di sini kami ingin membuat sedikit pengumuman penting mengenai akaun bank kami. Kalau dahulu kami cuma menggunakan akaun bank peribadi kami di Maybank bagi urusan pembayaran barang-barang yang dibeli, tapi kini kami telah membuka akaun semasa atas nama syarikat induk kami iaitu J3 Trade Enterprise bagi tujuan tersebut. Ini bukan sahaja untuk memudahkan kami menyemak deposit anda, tapi juga sebenarnya menaikkan kredibiliti syarikat kami :)

Penggunaan no akaun baru untuk tujuan deposit pembayaran itu akan berkuatkuasa pada minggu hadapan. Untuk makluman semua juga, akaun semasa kami itu itu adalah di AmBank. Kenapa AmBank dan bukan Maybank? Kalau ikutkan hati, kami memang teringin membuka akaun semasa di Maybank, tapi prosedurnya yang cukup payah membuatkan kami memilih AmBank. Tapi AmBank pun okey juga bah :)

Kami sedia maklum ramai pembeli mempunyai akaun di Maybank dan senang membuat urusan online banking di Maybank2u. Tapi sebenarnya tidak ada beza sangat pun sekiranya anda transfer dari Maybank ke AmBank, caj hanya 10 sen sahaja walaupun transaksi interbanking. Jadi jangan risau, anda tidak akan dikenakan caj yang melebih-lebih kalau transfer duit ke akaun AmBank.

Maklumat mengenai no. akaun tersebut akan kami umumkan pada minggu hadapan nanti. Dan kami amat berharap agar para pelanggan semua tidak akan menghadapi sebarang masalah mengenai perkara ini. Apa pun, terima kasih atas sokongan anda semua selama ini. Tanpa anda, siapa la kami. Trimas :)

Saturday 20 July 2013

BBQ grilled Meat in 20 Minutes!


This is the easiest, the most affordable & the fastest way to prepare grilled meat, grilled fish or grilled satay. Experience a 5-star hotel BBQ cuisine with our Fancy Grill. No more sweat, no more heat. Get it now because we only have few units left. First come first serve. Price is only RM50 including postage. To order, just sms/call 013-5499359 now.