Monday, 27 May 2013

Pasar Gantung Tawau


Sempena cuti sekolah hari ini, sempat juga saya melawat pasar gantung Tawau. Tempat ni memang terkenal di Tawau, ianya bukan sahaja dikunjungi oleh warga Tawau, tapi juga oleh pelancong-pelancong dari Sarawak & Semenanjung Malaysia. Begini la rupa Pasar Gantung Tawau yang sentiasa sibuk tu.





Pasar Gantung adalah tempat yang menjadi sasaran pelancong sekiranya datang ke Tawau ini. Bagi sesiapa yang belum pernah menjejakkkan kaki ke Pasar Gantung ini, tarikan utamanya adalah jualan barang-barang mutiara asli. Memang cantik-cantik. Cuba search di google, konfirm boleh nampak mutiara sabah yang asli & cantik dari Tawau. Selain mutiara, Pasar Gantung juga menjual pakaian, beg tangan, beg galas, cenderamata, alat kosmetik (semestinya made in indon) dan juga buah-buahan.

Barang-barang yang dijual di Pasar Gantung ini memang menarik & unik. Tapi kalau nak membeli disini, pastikan anda pandai menawar harga. Tips yang sentiasa saya dengar dari orang-orang tua di sini, kalau mau membeli di Pasar Gantung, pastikan kita tawar harga 50% kurang dari harga yang dipaparkan. Itu petuanya. Saya pernah praktikkan, dan memang BETUL!

Kepada pelancong-pelancong yang datang ke Tawau, jangan lepaskan peluang berjalan-jalan di bandar Tawau ini. Kalau tak ada kereta, boleh saja sewa kereta dengan kadar yang paling rendah di TEMPAT INI. Sambil berjalan, jangan lupa ke Pasar Gantung ya. Rugi kalau tak pergi. Dah pergi pasar gantung nanti, jangan lupa pula pergi ke Pasar Tanjung untuk membeli makanan laut Sabah yang murah-murah belaka. Tapi kalau tak sempat, boleh saja order makanan laut itu dari blog kami ya, selamat berbelanja :)

No comments:

Post a Comment