Wednesday 17 July 2013

Pos Malaysia, The Good & The Bad


Kami di J3trader memilih Pos Malaysia sebagai ejen menghantar barang bagi pihak kami. Oleh itu, apa sahaja yang dibeli oleh pelanggan akan kami hantar melalui Pos Malaysia, tidak kiralah sama ada melalui Poslaju ataupun melalui penghantaran parcel.

Kami yakin dengan kualiti Pos Malaysia kerana ia mempunyai cawangan di seluruh ceruk Malaysia. Lagipun ianya berpengalaman dan sudah cukup lama bertapak di Malaysia. Itu adalah antara kebaikan Pos Malaysia di mata kami, kos yang dikenakan pun jauh lebih murah berbanding syarikat kurier lain.

Walau bagaimanapun, tidak semuanya indah belaka. Kebelakangan ini sudah ramai customer kami yang mengadu barang lambat sampai. Lebih-lebih lagi customer yang barangnya dihantar melalui penghantaran parcel. Kami dapat merasakan kerisauan dan kekecewaan customer kami. Barang yang sepatutnya sampai dalam masa 5-7 hari, akan sampai dalam masa 10-12 hari. Sudah la lambat sampai, online tracking system di www.pos.com.my pula tak seberapa nak update. Macam mana la orang tak risau kan.

Untuk customer-customer kami yang barangnya lambat sampai, kami di J3trader ingin memohon maaf. Tapi percaya la, itu semua diluar bidang kuasa kami. Apa yang mampu kami buat adalah menelefon pihak Pos Malaysia & membuat aduan mengenai perkara ini. Yang lain-lain itu, semuanya terserah pada Pos Malaysia juga akhirnya. Apa-apa pun, mohon semuanya sentiasa bersabar. Dan sama-sama la kita berdoa agar Pos Malaysia akan dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan mereka di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment