Tuesday 4 June 2013

Sanggar Cheese Paling Sedap Hanya 8km Dari Bandar Tawau




Kalau nak tahu apa itu Sanggar Cheese, sila tanya pakcik "google", tapi rasanya ramai dah tahu apa itu Sanggar Cheese kan? Ianya adalah sejenis pisang goreng yang diletak keju & taburan gula merah atau milo. Memang sedap. Sori saya tak letak gambar disini, takut pengunjung blog ni kelaparan nanti ;)

Jadi apa kaitan gambar-gambar di atas dengan Sanggar Cheese yang paling sedap di Tawau tu? Kalau nak tahu, di pasar ini lah dijual Sanggar yang saya maksudkan. By the way, Sanggar adalah nama untuk pisang goreng di Tawau ni. Kami tak panggil pisang goreng, kami panggil sanggar, unik kan. Di pasar inilah anda semua boleh membeli Sanggar Cheese itu dengan harga yang sangat berbaloi. Satu set hanya RM2.50 sahaja. Murah kan?

Tapi di mana kah pasar ini? dan apa pulak nama pasar ini? Kepada pengunjung blog semua, inilah Pasar Semarak. Kenapa ia dipanggil Pasar Semarak? sebab pasar ini terletak di Taman Semarak, iaitu sebuah taman perumahan yang terbesar di daerah Tawau. Pasar Semarak ini beroperasi seawal jam 6 pagi. Kalau pagi-pagi, orang ramai boleh membeli bermacam-macam jenis sarapan pagi yang disediakan oleh gerai-gerai yang ada. Di sebelah tengahari pula, sanggar cheese, sanggar biasa, ubi goreng, sukun goreng & bubur kacang gula merah (ini pun sedap) boleh mula dibeli.

Selain makanan, jualan utama di pasar ini adalah sayur-sayuran, ikan, buah-buahan dan macam-macam lagi. Tapi bagi saya, tarikan utama saya pergi ke sana adalah semata-mata untuk membeli sanggar cheese itu sahaja. Memang serius sedap. Jarak dari bandar Tawau ke Pasar ini hanya 8 kilometer sahaja. Tak jauh. Kepada pelancong-pelancong dari Semenanjung & Sarawak, jangan lepaskan peluang menikmati sanggar cheese di Taman Semarak ini ok. Rugi kalau tak rasa. Beli la 1-2 tapau dan makan di hotel sambil tengok TV. Mesti rasa penat pun hilang.

Kalau tiada transport nak pakai jalan-jalan ke Pasar Semarak ini, boleh saja hubungi Mr. Andrew, bos Kereta Sewa Tawau J3, iaitu kereta sewa paling murah di Tawau untuk menempah kereta sewa anda.  Jadi apa tunggu lagi, sila kunjungi Pasar Semarak untuk sanggar cheese yang paling sedap di bandar Tawau. Selamat Berbelanja ;)

No comments:

Post a Comment